Terminologi Data Raya (20 jilid), Kamus Berbilang Bahasa yang Pertama Dihasilkan di Dunia, Berjaya Diterbitkan di Guiyang, China

Terminologi Data Raya (20 jilid), Kamus Berbilang Bahasa yang Pertama Dihasilkan di Dunia, Berjaya Diterbitkan di Guiyang, China
Terminologi Data Raya (20 jilid), Kamus Berbilang Bahasa yang Pertama Dihasilkan di Dunia, Berjaya Diterbitkan di Guiyang, China

GUIYANG, 28 Mei Terminologi Data Raya (20 jilid), sebagai kamus berbilang bahasa yang pertama dihasilkan di dunia, telah berjaya diterbitkan di Ekspo Industri Data Raya Antarabangsa China 2021 di Guiyang. Upacara pelancaran ini diadakan bersama-sama oleh Kerajaan Rakyat Bandar Guiyang, Jawatankuasa Nasional China untuk Terminologi dalam Sains dan Teknologi, dan Syarikat Media Penerbitan Sains dan Teknologi China. Dalam upacara itu, pelancaran “platform perkongsian global untuk perkhidmatan berbilang bahasa data raya” dan Sidang Kemuncak Akademik Luar Negara Forum Pemikir Digital China juga turut dirasmikan.

Terminologi Data Raya merupakan hasil yang disusun oleh Makmal Kunci Strategi Data Raya, sebuah badan pemikir mewah baru untuk pengembangan data raya China, dikarang oleh ketua penyunting Lian Yuming, anggota Jawatankuasa Nasional Persidangan Perundingan Politik Rakyat China dan pengarah Makmal Kunci Strategi Data Raya, dan diterbitkan oleh Science Press. Sebagai kamus profesional berbilang bahasa yang pertama dihasilkan di dunia, kamu ini telah menyelidik istilah ensiklopedia data raya secara sistematik. Ini bukan sahaja merupakan amalan inovatif untuk mempromosikan komunikasi translingual dan rentas bidang penyelidikan bagi sistem terminologi piawaian data raya pada skala yang lebih besar, malah ialah pencapaian inovasi utama dalam “Projek Terminologi Data Raya” selepas penghasilan Terminologi Data Raya edisi dwibahasa dulu. Memandangkan makna besar ini, Terminologi Data Raya boleh dipandang sebagai batu penanda penting dalam inovasi teori Zon Perintis Komprehensif Data Raya Nasional (Guizhou).

Terminologi Data Raya mempunyai empat ciri utama. Yang pertama, berperanan sebagai ensiklopedia. Berdasarkan perkembangan industri data raya antarabangsa, kamus ini telah menyusun sistem pengetahuan data raya secara komprehensif dan mencadangkan struktur terminologi dalam sembilan kategori, termasuk asas data raya, strategi data raya, teknologi data raya, ekonomi data raya, kewangan data raya, pentadbiran data raya, piawaian data raya, keselamatan data raya, dan undang-undang data raya. Ia telah membentuk sistem wacana akademik berbilang bahasa yang disatukan, diseragamkan, dan sesuai dengan prinsip antarabangsa. Yang kedua, dipantau oleh pakar berwibawa. Entri dalam kamus ini adalah disemak oleh panel pakar daripada Jawatankuasa Nasional China untuk Terminologi dalam Sains dan Teknologi mengikut Prinsip dan Kaedah untuk Kajian Istilah dalam Sains dan Teknologi. Yang ketiga, merangkumi pelbagai bahasa. Kamus ini secara inovatif menyediakan istilah dalam bahasa China dan 20 bahasa lain, termasuk bahasa Arab, Inggeris, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, Korea, Portugis, Rusia, Sepanyol, Kemboja, Ibrani, Indonesia, Melayu, Mongolia, Parsi, Serbia, Thai, Turki, dan Urdu. Yang keempat, memberikan pengalaman yang cerdas. Kamus ini telah mempelopori cara inovatif yang menggabungkan grafik pengetahuan, buku audio, dan pautan platform, untuk memberikan pengalaman membaca yang pintar, berasaskan platform, dan sistematik.

Berdasarkan ciri-ciri tersebut, platform perkongsian global untuk perkhidmatan berbilang bahasa data raya turut didirikan oleh Makmal Kunci Strategi Data Raya. Dengan kewujudan platform ini, sumber dan perkhidmatan pelbagai bahasa pun disediakan secara percuma kepada orang ramai di seluruh dunia melalui Awan Terminologi Data Raya, Terminologi Data Raya Jalan Sutera, Terminologi Data Raya Dalam Talian, Indeks Guiyang Terminologi Data Raya, dan Perpustakaan Terminologi Data Raya. Malah, melalui platform ini, kamus ini diharapkan akan mempromosikan penyebaran ke peringkat antarabangsa dan penerapan yang lebih meluas, serta memberikan sumbangan baharu untuk memajukan peradaban digital global.

Penyelidikan dan penyusunan Terminologi Data Raya ialah usaha praktikal inovasi dan pengajian teori data raya yang bersifat antara disiplin, profesional, dan terbuka. Sebagai sebahagian daripada pembangunan sistem piawaian Makmal Kunci Strategi Data Raya yang berpusat “Projek Terminologi Data Raya”, dan perkembangan sistem teori yang ditandai dengan “trilogi peradaban digital” termasuk data blok, undang-undang hak digital, dan blok rantai kedaulatan, penghasilan Terminologi Data Raya sudah menjadi satu lagi pencapaian besar yang berpandangan ke hadapan dan bersifat asli dalam pembinaan sistem komunikasi global dengan Lembah Data China sebagai intinya. Dengan ini, kamus ini telah disyorkan sebulat suara oleh Jawatankuasa Nasional China untuk Terminologi dalam Sains dan Teknologi, dan Perikatan Organisasi Sains Antarabangsa Jalur dan Laluan.

Menurut cadangan Jawatankuasa Nasional China untuk Terminologi dalam Sains dan Teknologi, penerbitan Terminologi Data Raya akan terus meningkatkan kekuatan wacana antarabangsa dan kekuatan penggubalan peraturan China dalam bidang data raya, yang mana akan membawa makna besar bagi memimpin pembangunan berkualiti tinggi China dan negara lain dalam bidang data raya, di samping mempromosikan penyebaran antarabangsa dan pertukaran pengetahuan data raya. Malah, Perikatan Organisasi Sains Antarabangsa Jalur dan Laluan juga berpendapat bahawa Terminologi Data Raya telah menyediakan templat berwibawa bagi negara dan wilayah Jalur dan Laluan, bersama negara lain, untuk lebih memahami China yang bersifat digital, yang mana telah mencerminkan keprihatinan China yang mendalam terhadap nasib sesama manusia.